SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, July 01, 2010

ANGKUHNYA NAIB PRESIDEN PKR NI!


KUALA LUMPUR, 1 Julai 2010 : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menjelaskan tidak akan melayan tuntutan RM200 juta dan tidak akan memohon maaf kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) seperti dituntut mereka berhubung laporan 'FELDA Bankrap' akhbar Suara Keadilan.

Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah berkata, pihaknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.

"Pendirian kita jelas, memang kita tidak akan layan dan kita hanya akan jawab di mahkamah," katanya yang juga Ahli Parlimen Subang, ketika ditemui di Parlimen hari ini.

"Kalau mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah kita alu-alukan. Silakan," tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan ganti rugi FELDA terhadap parti itu dan Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit serta Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada satu sidang media di Parlimen hari ini memaklumkan peguam FELDA telah menghantar notis tuntutan saman fitnah kepada ketiga-tiga penama tersebut.

Ketiga-tiganya diminta membayar RM200 juta dan membuat permohonan maaf kepada FELDA dalam masa 7 hari bermula hari ini atau berdepan tindakan saman di mahkamah.

Angkuhnya PKR. Mengapa Sivarasa Rasiah yang tidak tahu apa-apa tentang FELDA itu harus menjawab isu-isu ini? Sivarasa adalah Ahli Parlimen Subang dan diketahui jarang turun menjenguk nasib masyarakat. Menurut salah seorang ketua komuniti di Subang bahawa beliau tidak pernah berjumpa dengan Ahli Parlimen Subang itu semenjak Sivarasa menang sebagai wakil rakyat di Subang. Justeru, kalau kawasan sendiri tak dijenguk, apatah lagi masuk kawasan rancangan FELDA. Angkuh sungguh dia ni!!!

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.