SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Monday, March 12, 2012

Peneroka Jual Tanah?


Felda Wilayah Jengka mengenal pasti seramai 90 peneroka telah menjual tanah ladang mereka kepada individu tertentu di negeri ini.

Pengurus Besarnya, Saari Din berkata, statistik itu diperoleh daripada program 'banci generasi baru Felda ' anjuran Majlis Belia Felda Malaysia dengan kerjasama pengurusan Felda.

''Peneroka yang menjual tanah ladang kepada individu tertentu disebabkan pelbagai faktor seperti bertindak keluar rancangan, tanah dilelong bank, tiada wawasan diri dan masalah peribadi seperti mahukan wang segera.

''Ada yang menjual tanah ladang tanpa pengetahuan pengurusan Felda dan kerajaan negeri kerana urusan jual beli dibuat secara rahsia membabitkan peneroka, peguam dan pembeli," katanya kepada selepas mengadakan pertemuan dengan Exco Gabungan JKKK/JKKR Wilayah Jengka 

1 comment:

  1. apakah kita generasi kedua tiada hak untuk bercakap tentang kepentingan hak mak /bapak kita yg berhempas pulas memajukan tanah felda.oleh itu sy menyeru semua anak felda merapatkan barisan perpaduan kita kerna kita ada hampir 800 ribu diseluruh Negara...kuasa undi ditangan anak2 felda sangat besar...mari kita tunjuk kuasa itu disaluran yg betul..hak kita dipertahankan hak org kita jaga dan tak merampas,jgn biarkan tangan2 kotor /yg tidak pernah pegang cangkul,pisau menoreh..bercakap hal peneroka.

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.