SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Thursday, May 10, 2012

Nasib 8 orang peneroka....



MASIH ingatkah semua dengan tindakan 8 orang peneroka Felda yang mengemukakan injuksi bagi menghalang Koperasi Peneroka Felda (KPF) mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada Februari 2012?  Injukasi ex-parte bertarikh 17hb Februari 2012 yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan itu telah menyebabkan KPF membatalkan EGM yang sepatutnya berlangsung pada 22 Februari 2012.


Mazlan Aliman kemudian dengan bangganya menganggap injuksi dan pembatalan mesyuarat tersebut adalah kemenangan kepada peneroka.

Tapi malang bagi Mazlan Aliman apabla Mahkamah akhirnya menolak permohonan injuksi tersebut pada 2hb April 2012.

Yang ramai tidak tahu ialah, permohonan tersebut ditolak dengan kos, termasuklah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh KPF akibat dari pembatalan mesyuarat tersebut.  Banyak belanja yang KPF telah keluarkan untuk membawa lebih 1,200 perwakilan dari serata negara ke mesyuarat tersebut, dengan kos penginapan, pengangkutan, sewa bilik mesyuarat dan sebagainyalah.

Tapi semuanya berakhir dengan pembaziran akibat dari tindakan 8 orang peneroka ini tadi yang termakan hasutan Mazlan Aliman.

Menurut maklumat yang diterima, KPF secara lisan telah menyatakan bahawa kos yang ditanggung oleh KPF dalam mengadakan EGM itu hampir mencecah RM 1.2 juta.  Walau bagaimana pun jumlah sebenar gantirugi ini akan ditaksirkan oleh Mahkamah kemudian.

Jumlah gantirugi yang bakal diputuskan Mahkamah nanti, tentu tidak jauh berbeza dengan yang akan dituntut KPF, kerana sudah pasti KPF ada semua butiran perbelanjaan bagi menyokong tuntutan mereka di Mahkamah.

Timbul persoalan, dari mana 8 peneroka ini akan memperolehi wang untuk membayar ganti rugi yang dituntut oleh KPF?  RM 1 juta bukan sedikit.  Kalau harap hasil kebun semata-mata, mahu berpuluh tahun mengumpul untuk dapat jumlah itu.  Lebih-lebih lagi kita bercakap tentang peneroka yang hanya menerima  hasil kebun masing-masing pun sekitar RM 4,000 – RM 5,000 sebulan.

Waima ditambah dengan durian runtuh RM 15,000 seorang yang diumumkan Perdana Menteri pada Selasa pun, masih tidak cukup untuk membayar jumlah ganti rugi yang dituntut KPF terhadap mereka.  Itupun kalau mereka masih tidak ada malu menerima wang hasil dari usaha penyenaraian yang mereka tentang pada awalnya.

Kita mahu lihat, dimana pemimpin pembangkang, terutama Mazlan Aliman berada dalam kes ini?  Apakah mungkin Mazlan Aliman, PAS atau PKR yang menjadi dalang disebalik tindakan peneroka ini akan membayar wang tersebut bagi pihak peneroka terbabit?  Walaupun tidak mustahil, ia tidak mungkin dilakukan.

Yang akhirnya akan rugi dan jatuh bankrap ialah peneroka sendiri.  Inilah padahnya kerana menjadi patung mainan Mazlan Aliman dan Pakatan Rakyat sehingga sanggup diperalatkan untuk kepentingan politik masing-masing.

8 peneroka ini tidak ada bezanya dengan Saiful Bukhari yang taksub dengan Anwar Ibrahim tapi akhirnya diliwat oleh Penasihat PKR itu.  Cuma bezanya disini bukan liwat sahajalah, tapi natijah dari kejadian itu tetap sama.

Takkanlah semua rakyat Malaysia mahu menerima nasib yang sama diterima 8 peneroka ini baru hendak buat keputusan menolak Pakatan Rakyat.  Kisah-kisah seumpama ini sudah cukup untuk kita menentukan pihak mana yang patut dipilih menjadi kerajaan dalam pilihanraya nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

  1. kami anak beranak tidak akan halalkan dunia akhirat kpd mereka ini beserta dalang2nya jika disebabkan tindakan mereka ini dividen yg sepatut kami terima nanti, akan terjejas..

    ReplyDelete
  2. kesian tengok org2 yg membising kat sini..isk2x....

    ReplyDelete
  3. Tulis la nama kalau bagi komen..letak nama Anonymous bin Latip pun xpe.

    ReplyDelete
  4. kenyataan merendah-rendahkan warga peneroka,anak peneroka dan sewaktu dengannya.sekarang dunia global dan warga peneroka bukan sebodoh yang didumbakan.selain dari hasil ladang banyak lagi kegiatan keluarga peneroka yang mendatangkan hasil pendapatan.kebanyakkan warga peneroka tidak berpelajaran bukan kerana bodoh tapi kekangan kewangan di masa lalu.di zaman sekarang memang bukan mudah nak dapat 1juta tapi tak susah.saya hanya menegur dari kenyataan pengarang di atas mengenai memperkecilkan kemampuan peneroka bukan atas isu di atas.kalau bkn juga kerana peneroka bolehkah FELDA akan berjaya?peringatan juga pada yang bekerja di wisma FELDA.kami anak2 peneroka memerhatikan tingkah laku kamu.jangan memperkecil kemampuan kami lebih2 lagi kami datang temuduga satu2 jawatan dlm FELDA.banyak bersifat birokrasi dan kroninisme di sana

    ReplyDelete
  5. Saya sangat keciwa apabila melihat sendiri inilah blog untuk anak-anak FELDA bagi mencari dan mendapatkan info perkembangan terkini dan peluang2 bagi generasi FELDA ke-2. Saya telah diberi didikan dan pelajaran secukupnya oleh kedua orang tua saya dimana kami anak2 peneroka FELDA dapat menilai dan memilih antara Intan Dan Kaca. Tidak seharusnya blog ini dipolitikkan kerana kami masih boleh melihat dan mendengar. Setiap sesuatu yang salah, tetaplah salah dan setiap apa yang betul , ianya adalah benar dan tiada siapa yang mampu mempertikaikanya. Mungkin blog ini boleh ditambahbaikkan dengan perkara2 yang lebih dirasakan perlu.

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.