SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Saturday, June 30, 2012

Lonjakan Berganda...?



Penyenaraian FGVH ini dibuat supaya Felda dapat menjana kekayaan secara lonjakan berganda melalui pasaran saham yang berperanan sebagai syarikat komoditi multinasional.
Tiada cara lain yang boleh menjana kekayaan dengan jumlah yang besar dan pantas selain menyenaraikan Felda ke Bursa Saham.
“Jika nak aset dan membangunkan perladangan, maka cara yang terbaik adalah senaraikan saham FGVH tanpa menyentuh tanah peneroka atau menjual tanah FGVH tapi pajakkan sahaja, aset masih ada ditangan kita,” kata Dato Seri Najib.
Dato Seri Najib juga berkata, penyenaraian ini juga dapat membantu meningkatkan sumbangan Pendapatan Negara Kasar (GNI) industri sebanyak RM125 bilion kepada RM178 bilion menjelang tahun 2020.
Beliau turut yakin kerjasama strategi dengan syarikat komoditi asing, Louis Dreyfus mampu membuka pasaran baru sekaligus dapat meluaskan potensi Felda secara global.

No comments:

Post a Comment

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.