SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Tuesday, December 25, 2012

Amukan Warga FELDA???

Felda Bukit Rokan Utara
Yang muda dan yang tua bersatu hati

Jelajah Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) di sembilan penempatan Felda di negeri ini, semalam kecoh apabila ratusan orang ramai, sebahagian besar penduduk di situ, menghalang laluan konvoi.

Mereka berbuat demikian bagi menyekat perhimpunan yang dijadualkan menjelajah kawasan Felda menyebabkan penganjur gagal memasuki empat kawasan Felda iaitu Felda Kepis, Kuala Pilah; Bukit Rokan Barat, Jempol; Bukit Rokan Utara, Tampin dan Gugusan Jelai, Gemas.

Dalam kejadian bermula kira-kira 10.15 pagi itu, jelajah yang diketuai Mazlan Aliman tiba di Felda Bukit Rokan Utara, di sini dan disekat kira-kira 100 penduduk yang tidak mahu orang luar masuk ke penempatan mereka melakukan jelajah berkenaan.

Menurut sumber, kekecohan berkenaan berlaku apabila penganjur dan peserta jelajah tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda di situ.

Berlaku pertengkaran daripada kedua-dua belah pihak menyebabkan peserta jelajah berkenaan terpaksa beredar.  Bagaimanapun, ketika mereka mahu beredar, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motosikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.

Salah seorang penduduk yang berang menyerang kenderaan berkenaan dan memecahkan cermin hadapan kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang peserta jelajah cedera ringan.

Kekecohan itu, bagaimanapun, reda selepas polis bertindak dengan menasihatkan mereka yang berkumpul supaya bersurai dengan segera.

Difahamkan, selepas kekecohan di Felda Bukit Rokan Utara, dekat sini, orang ramai turut berkumpul di setiap pintu masuk penempatan Felda lain, dekat sini menyebabkan penganjur mengambil keputusan membatalkan program jelajah terbabit.

4 comments:

  1. orang -orang FELDA banyak orang BODOH ,bahlol, otak lembab..FELDA nak kena GADAI tau tak..kita nak beritahu yang sebenar pun TAK NAK DENGAR..KAMI NAK TOLONG BERITAHU YG SEBENARNYA..DENGAR ..LEMBU KERAJAAN.

    ReplyDelete
  2. Haram jadah la ko ni hahaha.. sapa lantik mangkuk2 budak oren ni jadi tukang bela Felda? nenek ko hahaha... nak sapu duit Felda cakap je la.. pegi la jaga kelantan yang air pun tak bersih berpuluh tahun pun tak mampu... puihhhh PAS jahanam..mangkuk telor je besar.. ikut bontot DAP hahaha... lembu DAP..haq haq haq...puihhhh

    ReplyDelete
  3. Puak kou ni macamlah lembu. Bila orang tak bagi tanah nak ke tanah. Orang bersusah payah menyediakan kemudahan memerah otak bagi kesenagan tapi kamu semua menyokong anak haramjadah pulak. Tak sejak dari mula bersusah payah dan sekarang ni dah menikmati kemudahan dengan izizn Allah, puak2 kou nak tunjuk kebodohan kembali kesusahan pulak. Marilah sama2 muhasabah diri.

    ReplyDelete
  4. Jangan nak tipu,serangan ke atas sebuah storm dibuat oleh lebih sepuluh orang.mereka hanya nak lalu,itu jalan besar.tak der hak kamu nak halang..jangan lah nak perbodoh semua orang

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.