SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Tuesday, July 21, 2009

TAHNIAH BUAT WARGA FELDA ULU BELITONG!

KAFELDA mengucapkan tahniah kepada warga peneroka dari FELDA Ulu Belitong apabila berjaya menjuarai Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) 2009 sekali gus menggondol hadiah RM1 juta sempena majlis sambutan Hari Peneroka 2009 di FELDA Maokil, Labis, Segamat, Johor.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Berikutan kejayaan tersebut, 461 peneroka di FELDA Ulu Belitong akan menerima RM1,000 setiap seorang sementara bakinya akan digunakan untuk membangunkan FELDA tersebut. Kira-kira 20,000 orang termasuk keluarga peneroka hadir pada majlis sambutan berkenaan.

Tahniah buat warga Felda Ulu Belitong...

Buat warga Felda yang lain, teruskan usaha. Bersamalah kita memastikan kawasan rancangan kita cantik dan terpelihara. Mana tahu tahun depan menjadi rezeki rancangan kita pula!

2 comments:

  1. Alhamdulillah.Feldaku menang...tahniah buat orang kampung saya....

    ReplyDelete
  2. FELDA TERUS MAJU!!!!.....

    persadaudm@blogspot.com

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.