SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI ANAK FELDA. DAPATKAN INFO TENTANG ISU-ISU FELDA DAN BERKONGSI PENDAPAT TENTANG APA JUA BERKAITAN DENGAN FELDA

Wednesday, December 09, 2009

KARNIVAL MOTOCROSS SUNGAI DUSUN 09 DI FELDA SOEHARTO

Program Karnival Motocross Sungai Dusun 2009 - Peringkat Kebangsaan pada 12 dan 13hb Disember 2009 bertempat di Litar Motocross Sungai Dusun, Felda Soeharto, Hulu Selangor anjuran KMXSD Motocross Sungai Dusun. Turut diadakan adalah gerai jualan, pameran dan pertunjukan. Ianya dibahagikan kepada dua kategori iaitu pada tarikh 12hb. (Sabtu) untuk acara Tertutup manakala pada 13 hb. (Ahad) adalah acara "Open".

Karnival ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri di JPM yang akan berada di sana mulai jam 9.00 pagi. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana karnival tersebut. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Sdra. Akmal Hakim, Presiden KMXSD : 0193521249.

1 comment:

  1. suatu usaha yang baik bagi memenuhi jiwa anak muda. Semoga usaha positif ini diteruskan di masa hadapan. Tahniah.

    ReplyDelete

KAFELDA mengalu-alukan pandangan, idea dan teguran yang membina untuk tatapan umum.